MASIH SUAMI-ISTERIKAH DI ALAM AKHIRAT KELAK?
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal
dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak
dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda "
Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki
belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin
Sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki
daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wan ita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan
suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang
daripada lelAki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada
bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini
akan tetal bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya
masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya Wanita yang
kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir
dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali di aberkahwin. Suami yang
terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli
syurga. Rasullullah SAW bersabda. " wan ita adalah kepunyaan suaminya
yang terakhir". "wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu .....namun tak pula
aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu
...."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2
kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun
yang telah meninggal dunia"
DI DLM BERSAHABAT...
Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab
& punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-
1 . Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita
& sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum
ianya berlaku.
2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya
bagus dan betul.
3 . Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt
tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
4 . Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah
ditanya.
5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau
hubungan suami isteri sahabat.
6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai
positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap
mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri
memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita
menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat
kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.
9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat
bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya
menyekat perhubungan dgn insan lain.
10 . Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di
hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti
hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap
org ada lautan hati yg pasang surut.
11 . Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia
mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh
memburukkan keadaan.
12 . Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan
diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya.
Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa
yang dikurnia oleh Allah s.w.t Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya
hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air."Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini
bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati danmembaca Al Quran."






Tiada ulasan:
Catat Ulasan