Jumaat, 29 Mac 2013

FIRMAN


“Antara asas penting dalam keimanan kepada para nabi a.s adalah beritikad atau berkeyakinan penuh bahawa mereka manusia dan bersifat dengan sifat-sifat kemanusiaan atau ciri-ciri keinsanan (tabai’ basyariyyah). tidak bersifat dengan sifat-sifat ketuhanan atau malaikat, atau makhluk super power yang berlainan dari insan yang bersifat manusia.”

(Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin)


Iktikad atau keyakinan ini diwajibkan oleh al-Quran dan al-Sunnah untuk seorang muslim tanamkan dalam keimanan mereka. Firman Allah:

(maksudnya)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu

hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.

(Surah al-Kahf: 110)


Firman Allah lagi: (maksudnya)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Jika aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orangorang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.

(Surah al-A’raf: 188)


Juga firmanNya: (maksudnya)

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus rasul-rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan. Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang Rasul untuk mendatangkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah. Tiap-tiap satu tempoh dan waktu ada baginya ketetapan”

(Surah al-Ra’d: 38)

 
Firman Allah: (maksudnya)

“Dan mereka berkata: “Kenapa dengan Rasul ini ? dia makan minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)? Sepatutnya diturunkan

malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran bersama-sama dengannya”

(Surah al-Furqan: 7)

Simpan2

)Berapa ramaikah yang berjaya membuat
simpanan sekurang-kurangnya
10% daripada gaji / income setiap bulan?

2)Adakah NAME juga berjaya lakukan
tabiat di atas tu?

3)Agak-agak berapa lama anda boleh
bertahan kekalkan tabiat di atas,
menyimpan secara konsisten?
Sehari? Sebulan? Setahun?....10 tahun?....

Anda perasan tak, kalau kita berjaya
menyimpan RM550 sahaja setiap bulan
selama 33 tahun di bank pada kadar
8% setahun, anda dah boleh jadi
jutawan dah.

Itulah hebatnya kuasa menyimpan !
Ia boleh menukarkan anda dari orang
yang biasa-biasa kepada seorang jutawan,
diam-diam jer.

Tapi itu kalau dapat simpan selama
33 tahun dengan konsisten setiap bulan
tak miss.

Kalau umur anda masa mula menyimpan
tu dah 25 tahun, maknanya bila berumur
58 tahun anda dah bergelar JUTAWAN.
Pencen sebagai jutawan tu.......

Sebenarnya OK jer plan tu, cuma kalau
pada sayalah...ada cara lain tak yang
lebih best dan “adventure” , dengan
menyimpan sahaja boleh jadi jutawan
dengan lebih pantas?


Pilihan sarapan sihat

Adakah anda seorang yang suka mengambil sarapan atau seorang yang suka mengabaikannya? Sarapan merupakan amalan yang sangat penting apabila kita memulakan hari yang baru pada waktu pagi. Namun tak ramai yang mengambil berat kepentingannya. Ini mungkin disebabkan mereka sibuk atau tergesa-gesa untuk ke tempat kerja tanpa mengambil sarapan.

 

 Sarapan sungguh penting kerana perut kita sudah kosong pada waktu jj.pngmalam sebelumnya. Bayangkan anda sudah berlapar separuh malam, jadi keesokannya anda memang memerlukan diet sarapan yang seimbang supaya tubuh boleh berfungsi dengan produktif.Setiap negara mempunyai sarapan yang berbeza-beza termasuklah negara kita ini yang sememangnya kaya dengan pelbagai makanan untuk sarapan.

 

Ada pembaca yang bertanya saya bagaimana untuk merancang dan memilih menu sarapan yang sihat. Tuntutan kerja dan kesibukan yang kita hadapi, membuatkan kita lebih mudah membeli di luar dan jadikan bekalan untuk kita alas perut pada waktu pagi.Kebanyakan pilihan sarapan seperti roti canai, makanan segera, nasi lemak dan kuih-muih yang dijual mengandungi lemak dan gula tinggi tetapi masih menjadi pilihan walaupun tidak begitu sihat untuk kita amalkan setiap hari.

 

Orang yang sibuk tidak mempunyai banyak pilihan, justeru untuk menjimatkan masa mereka lebih suka membeli makanan yang ada dijual di luar. Inilah dilema kepada kebanyakan orang yang bekerja. Dalam kita memilih untuk bersarapan kita perlulah ada kesedaran untuk memastikan bahawa sarapan yang kita ambil itu adalah yang sihat dan seimbang.

 

Kita perlu merancang menu diet sarapan kita pada setiap hari. Karbohidrat merupakan sumber tenaga utama kita tetapi pastikan makanan yang kita ambil itu adalah kurang kandungan lemak dan gulanya. Tidak salah untuk kita menikmati makanan seperti nasi lemak dan roti canai untuk sarapan, namun ia tidak perlulah diambil setiap hari dan jangan mengambilnya secara berlebihan.

 

untitled.pngCuba sesekali anda sulamkan menu sarapan dengan makanan yang lebih sihat seperti bijirin. Sarapan bijirin lebih cepat disediakan selain menyihatkan.  Bijirin juga dapat membantu sistem penghadaman kita, justeru banyak penyakit yang boleh kita elak seperti kanser usus dan sembelit.

 

Oat antara bijirin yang dapat mengurangkan kolesterol dalam badan jika kita amalkan setiap hari. Menikmati bijirin bersama susu mungkin cara lama yang masih kita diamalkan, justeru kita perlu sedikit sentuhan kreatif untuk menikmati bijirin dengan cara yang lebih menarik dan menyelerakan.

 

Cara ini membuatkan sajian sarapan tidaklah terlalu membosankan berbanding cara yang biasa. Banyak sekali makanan yang boleh kita cipta daripada bijirin untuk menu sarapan kita. Contohnya anda boleh memasukkan bijirin dalam pankek, begedil atau bubur.

 

Masukkan dalam 20-30 peratus bijirin dalam makanan yang kita masak. Bijirin juga boleh dijadikan salutan untuk kuih-muih menggantikan kelapa. Buatlah kajian daripada buku-buku, majalah atau Internet menu sarapan apa yang sihat yang boleh kita buat daripada bijirin. Pada minggu ini saya kongsikan menu sarapan yang menggunakan bijirin nestum untuk santapan waktu pagi anda. Selamat mencuba.                        

Lagu-lagu MP3