bukanlah satu-satunya sebab bayi menangis. Selain dari lapar, bayi akan menangis bila
menghadapi keadaan-keadaan seperti penat, kembung perut, tidak selesa, perlu sendawa dan
beberapa sebab lagi.
Seorang ibu mendakwa bahawa beliau boleh berkomunikasi dengan bayinya dan faham apa
kehendak-kehendak si comel bila mereka menangis. Pendek kata, beliau boleh faham 'bahasa
bayi'.
Dengan meneliti bunyi tangisan bayi, beliau boleh bezakan sama ada bayi tersebut, penat, letih,
tidak selesa, perlu sendawa atau sebab-sebab lain.
Kalaulah seseorang ibu itu faham sebab-sebab bayi menangis, tidak akan timbul masalah bayi
tersebut menangis berpanjangan kerana apabila kehendak bayi itu dipenuhi, sudah pasti dia akan
berhenti menangis.
Menurut ibu tersebut, tangisan bayi bukanlah satu bunyi yang dihasilkan secara rawak, tetapi ia
adalah satu bentuk komunikasi oleh bayi bagi menyampaikan keinginan mereka.
Tangisan adalah merupakan 'bahasa universal' bagi bayi. Buktinya, teknik ini telah diaplikasikan
oleh lebih dari 1000 bayi dari 30+ bangsa seluruh dunia.
9 daripada 10 ibu-ibu memberikan respons yang positif terhadap teknik ini.
70% ibu-ibu melaporkan bahawa mereka lebih yakin dan selesa setelah berjaya mengenalpasti
teknik ini.
2 daripada 3 bapa melaporkan bahawa tekanan emosi yang mereka hadapi berkurangan dan
hubungan rumahtangga yang lebih harmoni.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan