Khamis, 13 Januari 2011

pandangan orang luar terhadap johorean

10 Things You Should Know About A True Blue Johorean
1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk...

Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat
menggantikan tanda soal (question mark).
Contoh :-

Ni awak punyer ekk?

Nama awak saper ekk ?

Kenapa kite kaler tak cantik ekk ?

Dan macam-macam ekk lagi.

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB.
Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru
(JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka
yang tinggal di luar bandar Johor Baru seperti di Masai-chusettes
umpamanya.

Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak?

So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if

the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan

pulak buat lawak bongok** berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or

worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit)

In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR".

Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor

besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok).


Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa

Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku cuma

speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje.


Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar)
dan lain-lain.


4. They are brash with a CRAZY sense of humour.
Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or
square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu ,
but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku
jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **.

Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique
that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the
brashness of budak-budak Johor.

(Did you see Majalah 3 the other night - see how Tunku Yem (nama
manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ?
Haha.. .. that is exactly my point!)

5. Diorang ada ENDUT **.
Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk
pun teringin nak ada endut.

Contoh ayat :

Haa...kau dah ada endut yer ?

Kau pergi berendut kat mana ?

Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok....
Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy.
Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan
teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them.

Seperti Kak P cakap - makanan seperti botok-botok. Kalau out of
Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how
to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna
banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur - especially ulam).

Yang aku tahu -pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan
gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus.

Aku pernah tanya my Dad dulu - kenapa buruk benor nama dia
bebotok.

Then my Dad cerita :

Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri.
Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais
ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu
bawak makanan lain, Nenek akan tanya " Mana Bubur Tok? ". Lama-lama

Bubur Tok
jadilah Bebotok - kesan dari cakap cepat-cepat.

Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So,
kalau dia kelentong aku - maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian
adanya.

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock .

Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab
itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori
aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin
dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau
kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy,
Zainal Abidin, Nash etc.

Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan
Sultan, dah ler. Ampun Tuanku !

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang
Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam
rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus,
telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don't like to eat
telur pindang, so I cannot describe the taste. Normally orang buat
telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman
dulu-dulu,

you can tell the social class of the tuan rumah - normally orang
kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa
berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way).

Baju simpan dalam GEROBOK **.

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV
Singapore!

When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab
iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita
yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi's (Let your love
flow), iklan lagu Coke (I'd like to build the world a home), iklan Kodak
(Times of Your Life -Paul Anka). Paling syok ialah masa Christmas, iklan
dan lagu semua best- best. (But itu dulu, sekarang aku rasa semua
rancangan sudah semasa.)

Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan
kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor),
you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak
dapatkan siaran from Singapore!

Apa lagi EKK?

Kamus Johor :
Bongok - bodoh
Bigor - gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR
ekk ?
Endut - makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh
digunakan tanpa mengira jantina.

Berendut - berpasangan.

Pergi berendut - dating.

Epok2/tepung bawang - karipap

Botok-botok, bebotok - sejenis makanan menggunakan ikan,
ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don't ask me - aku tak reti
buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus.

Alah, macam Pais Ikan tuh.

Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang

zaman dulu-dulu semua DIY - tak ada Vono, Slumberland ).

Gerobok, Gobok - cupboard. Almari. Tak kiralah simpan kain baju
ke, simpan pinggan mangkok ke.

Tiada ulasan:

Lagu-lagu MP3