Merancang anak lelaki
Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya.
Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan.
Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih
tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri
hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum XY (anak
lelaki) XX (anak perempuan).
Ciri-ciri benih lelaki berbeda benih Y lebih cergas dan laju begerak
tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi
hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan
benih X lebih tahan dalam cecair asid.
Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:
1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka,
minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut
adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (
ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan
waktu penetasan telor, sila rujuk laman Kesuburan dan Kemandulan.
3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan
douching atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml.
Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan
persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari
farmasi.
4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air
bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk
dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika
hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit
ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.
Merancang anak perempuan
Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis
panduan berikut;
1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas,
cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation).
Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulation yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman Kesuburan dan
Kemandulan
3. Melakukan douching dengan menggunakan cecair asid (very
dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.
Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi
rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur
Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.
Bila boleh tahu ?
Ujian Ultrasound pada kebiasaannya boleh mengesan jantin bayi dalam umur
kandungan antara 5-6 bulan
Petikan dari :Dr. Hamid Arshad






Tiada ulasan:
Catat Ulasan