)Berapa ramaikah yang
berjaya membuat
simpanan sekurang-kurangnya
10% daripada gaji / income setiap bulan?
2)Adakah NAME juga berjaya lakukan
tabiat di atas tu?
3)Agak-agak berapa lama anda boleh
bertahan kekalkan tabiat di atas,
menyimpan secara konsisten?
Sehari? Sebulan? Setahun?....10 tahun?....
Anda perasan tak, kalau kita berjaya
menyimpan RM550 sahaja setiap bulan
selama 33 tahun di bank pada kadar
8% setahun, anda dah boleh jadi
jutawan dah.
Itulah hebatnya kuasa menyimpan !
Ia boleh menukarkan anda dari orang
yang biasa-biasa kepada seorang jutawan,
diam-diam jer.
Tapi itu kalau dapat simpan selama
33 tahun dengan konsisten setiap bulan
tak miss.
Kalau umur anda masa mula menyimpan
tu dah 25 tahun, maknanya bila berumur
58 tahun anda dah bergelar JUTAWAN.
Pencen sebagai jutawan tu.......
Sebenarnya OK jer plan tu, cuma kalau
pada sayalah...ada cara lain tak yang
lebih best dan “adventure” , dengan
menyimpan sahaja boleh jadi jutawan
dengan lebih pantas?
Jumaat, 29 Mac 2013
Pilihan sarapan sihat
Adakah anda
seorang yang suka mengambil sarapan atau seorang yang suka mengabaikannya?
Sarapan merupakan amalan yang sangat penting apabila kita memulakan hari yang
baru pada waktu pagi. Namun tak ramai yang mengambil berat kepentingannya. Ini
mungkin disebabkan mereka sibuk atau tergesa-gesa untuk ke tempat kerja tanpa
mengambil sarapan.
Sarapan sungguh
penting kerana perut kita sudah kosong pada waktu jj.pngmalam sebelumnya.
Bayangkan anda sudah berlapar separuh malam, jadi keesokannya anda memang
memerlukan diet sarapan yang seimbang supaya tubuh boleh berfungsi dengan
produktif.Setiap negara mempunyai sarapan yang berbeza-beza termasuklah negara
kita ini yang sememangnya kaya dengan pelbagai makanan untuk sarapan.
Ada pembaca yang bertanya saya bagaimana untuk merancang
dan memilih menu sarapan yang sihat. Tuntutan kerja dan kesibukan yang kita
hadapi, membuatkan kita lebih mudah membeli di luar dan jadikan bekalan untuk
kita alas perut pada waktu pagi.Kebanyakan pilihan sarapan seperti roti canai,
makanan segera, nasi lemak dan kuih-muih yang dijual mengandungi lemak dan gula
tinggi tetapi masih menjadi pilihan walaupun tidak begitu sihat untuk kita
amalkan setiap hari.
Orang yang sibuk tidak mempunyai banyak pilihan, justeru
untuk menjimatkan masa mereka lebih suka membeli makanan yang ada dijual di
luar. Inilah dilema kepada kebanyakan orang yang bekerja. Dalam kita memilih
untuk bersarapan kita perlulah ada kesedaran untuk memastikan bahawa sarapan
yang kita ambil itu adalah yang sihat dan seimbang.
Kita perlu merancang menu diet sarapan kita pada setiap
hari. Karbohidrat merupakan sumber tenaga utama kita tetapi pastikan makanan
yang kita ambil itu adalah kurang kandungan lemak dan gulanya. Tidak salah
untuk kita menikmati makanan seperti nasi lemak dan roti canai untuk sarapan,
namun ia tidak perlulah diambil setiap hari dan jangan mengambilnya secara
berlebihan.
untitled.pngCuba sesekali anda sulamkan menu sarapan dengan
makanan yang lebih sihat seperti bijirin. Sarapan bijirin lebih cepat
disediakan selain menyihatkan. Bijirin
juga dapat membantu sistem penghadaman kita, justeru banyak penyakit yang boleh
kita elak seperti kanser usus dan sembelit.
Oat antara bijirin yang dapat mengurangkan kolesterol
dalam badan jika kita amalkan setiap hari. Menikmati bijirin bersama susu
mungkin cara lama yang masih kita diamalkan, justeru kita perlu sedikit
sentuhan kreatif untuk menikmati bijirin dengan cara yang lebih menarik dan
menyelerakan.
Cara ini membuatkan sajian sarapan tidaklah terlalu
membosankan berbanding cara yang biasa. Banyak sekali makanan yang boleh kita
cipta daripada bijirin untuk menu sarapan kita. Contohnya anda boleh memasukkan
bijirin dalam pankek, begedil atau bubur.
Masukkan dalam 20-30 peratus bijirin dalam makanan yang
kita masak. Bijirin juga boleh dijadikan salutan untuk kuih-muih menggantikan
kelapa. Buatlah kajian daripada buku-buku, majalah atau Internet menu sarapan
apa yang sihat yang boleh kita buat daripada bijirin. Pada minggu ini saya
kongsikan menu sarapan yang menggunakan bijirin nestum untuk santapan waktu
pagi anda. Selamat mencuba.
Khamis, 24 Mei 2012
Skim Hartanah Prima
Skim Hartanah Prima" yang
dilancarkan kerajaan baru-baru
ini. Saya ringkaskan sedikit
mengenainya;
Antara perkara yang menarik:
[+] Hanya untuk mereka yang
berpendapatan RM 6,000 ke bawah.
[+] Rumah pada harga maksimum RM220,000
[+] Boleh mendapat pembiayaan
sehingga 100%
[+] Berpeluang mendapat tempoh
bayar semula sehingga 30 tahun
[+] Boleh menggunakan sebahagian KWSP
Harus diingat juga yang rumah
tersebut tidak dapat dijual
semula dalam tempoh 10 tahun
pertama untuk elakkan aktiviti spekulasi.
dilancarkan kerajaan baru-baru
ini. Saya ringkaskan sedikit
mengenainya;
Antara perkara yang menarik:
[+] Hanya untuk mereka yang
berpendapatan RM 6,000 ke bawah.
[+] Rumah pada harga maksimum RM220,000
[+] Boleh mendapat pembiayaan
sehingga 100%
[+] Berpeluang mendapat tempoh
bayar semula sehingga 30 tahun
[+] Boleh menggunakan sebahagian KWSP
Harus diingat juga yang rumah
tersebut tidak dapat dijual
semula dalam tempoh 10 tahun
pertama untuk elakkan aktiviti spekulasi.
Langgan:
Catatan (Atom)
Lagu-lagu MP3



Create a MySpace Playlist at MixPod.com


