Sarapan sungguh
penting kerana perut kita sudah kosong pada waktu jj.pngmalam sebelumnya.
Bayangkan anda sudah berlapar separuh malam, jadi keesokannya anda memang
memerlukan diet sarapan yang seimbang supaya tubuh boleh berfungsi dengan
produktif.Setiap negara mempunyai sarapan yang berbeza-beza termasuklah negara
kita ini yang sememangnya kaya dengan pelbagai makanan untuk sarapan.
Ada pembaca yang bertanya saya bagaimana untuk merancang
dan memilih menu sarapan yang sihat. Tuntutan kerja dan kesibukan yang kita
hadapi, membuatkan kita lebih mudah membeli di luar dan jadikan bekalan untuk
kita alas perut pada waktu pagi.Kebanyakan pilihan sarapan seperti roti canai,
makanan segera, nasi lemak dan kuih-muih yang dijual mengandungi lemak dan gula
tinggi tetapi masih menjadi pilihan walaupun tidak begitu sihat untuk kita
amalkan setiap hari.
Orang yang sibuk tidak mempunyai banyak pilihan, justeru
untuk menjimatkan masa mereka lebih suka membeli makanan yang ada dijual di
luar. Inilah dilema kepada kebanyakan orang yang bekerja. Dalam kita memilih
untuk bersarapan kita perlulah ada kesedaran untuk memastikan bahawa sarapan
yang kita ambil itu adalah yang sihat dan seimbang.
Kita perlu merancang menu diet sarapan kita pada setiap
hari. Karbohidrat merupakan sumber tenaga utama kita tetapi pastikan makanan
yang kita ambil itu adalah kurang kandungan lemak dan gulanya. Tidak salah
untuk kita menikmati makanan seperti nasi lemak dan roti canai untuk sarapan,
namun ia tidak perlulah diambil setiap hari dan jangan mengambilnya secara
berlebihan.
untitled.pngCuba sesekali anda sulamkan menu sarapan dengan
makanan yang lebih sihat seperti bijirin. Sarapan bijirin lebih cepat
disediakan selain menyihatkan. Bijirin
juga dapat membantu sistem penghadaman kita, justeru banyak penyakit yang boleh
kita elak seperti kanser usus dan sembelit.
Oat antara bijirin yang dapat mengurangkan kolesterol
dalam badan jika kita amalkan setiap hari. Menikmati bijirin bersama susu
mungkin cara lama yang masih kita diamalkan, justeru kita perlu sedikit
sentuhan kreatif untuk menikmati bijirin dengan cara yang lebih menarik dan
menyelerakan.
Cara ini membuatkan sajian sarapan tidaklah terlalu
membosankan berbanding cara yang biasa. Banyak sekali makanan yang boleh kita
cipta daripada bijirin untuk menu sarapan kita. Contohnya anda boleh memasukkan
bijirin dalam pankek, begedil atau bubur.
Masukkan dalam 20-30 peratus bijirin dalam makanan yang
kita masak. Bijirin juga boleh dijadikan salutan untuk kuih-muih menggantikan
kelapa. Buatlah kajian daripada buku-buku, majalah atau Internet menu sarapan
apa yang sihat yang boleh kita buat daripada bijirin. Pada minggu ini saya
kongsikan menu sarapan yang menggunakan bijirin nestum untuk santapan waktu
pagi anda. Selamat mencuba.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan