Rabu, 2 Februari 2011

Ketenangan Kewangan... 3 Drawback duit banyak..

Bagaimana mencapai ketenangan dalam kewangan? Satu persoalan

yang akan bermain dalam fikiran apabila umur kita dah mencecah
35 tahun ke atas. Untuk yang berumur kurang dari 35, selalunya
perbelanjaan kita keluar seperti air, lancar saja.. kan?



Apabila mula bekerja 2 sumber utama kelompangan selain perbelanjaan
perkahwinan;

a) beli kereta
b) sewa/beli rumah untuk didiami



Itu belum masuk perbelanjaan 'syok-syok' enjoy zaman muda. Owh
tak salah nak enjoy tapi harus berpada-pada. Teringat saya pada
3 kesan utama dalam perbelanjaan;

[1] Belanja banyak.... kurang simpanan
[2] Belanja banyak.... tinggi kos 'lifestyle' bulanan kita
[3] Belanja banyak.... tinggi kos saraan 'retirement' kita



Semua tu berkait sebenarnya, jarang yang mula bekerja berfikir tentang
persaraan kalau ada pun akan membisikkan dalam diri, owhh EPF kan ada..
Tapi tahukah anda kajian yang dibuat menunjukkan majoriti pencarum
habis duit EPF/KWSP dalam masa 3 tahun sahaja!! Lepas tu apa jadi? Ouch!!


Prinsip asas ialah, kurangkan belanja.. lebihkan simpanan! Dan simpanan

itu ditukarkan kepada pelaburan

[1] Belanja banyak.... kurang simpanan

Pendapatan - Simpanan = Perbelanjaan (FORMULA SAKTI)


Simpan dulu baru belanja. Set kan berapa % nak simpan (harus lebih 15%). Ramai
yang NIAT dulu nak simpan, tapi tak buat sebab belanja dulu, di akhir bulan
baru semak baki dan itulah jumlah simpanan. Itu cara tak betul, simpan dulu baru
belanja! Jangan amalkan formula SAKIT ini;


Pendapatan - Perbelanjaan = Simpanan (FORMULA SAKIT)


[2] Belanja banyak.... tinggi kos 'lifestyle' bulanan kita
Contoh terdekat, apa yang biasa dibuat oleh ramai orang bila gaji naik?

a) baju baru, siap tukar 'brand'. Dulu beli di 'Gedung Hari-Hari' sekarang di 'Isetan' (contoh)
b) kereta baru. dulu 'junior executive' bawa Saga, sekarang 'senior exec', tukar Honda City
c)makan. dulu makan kedai Mak Jijah, sekarang 'TGI Friday's'


Jadinya, kenaikan gaji itu tak mendatangkan kesan kepada JUMLAH SIMPANAN' anda
juga sebab sudah disalurkan untuk taraf kehidupan yang lebih 'stylo'. Maka pada
akhirnya simpanan sebelum kenaikan gaji dan selepas kenaikan gaji sama saja..
Ianya terjadi pada saya juga pada awalnya, ye lah seronok dapat duit banyak
tapi pada akhirnya tengok kadar simpanan tetap sama. Sebab itu anda perlu tetapkan
jumlah dalam % dan bukan jumlah tetap dalam ringgit!



[3] Belanja banyak.... tinggi kos saraan 'retirement' kita
berkait dengan kesan ke-2 tadi, bila naik gaji, cara hidup berubah, perbelanjaan
bulanan bertambah disesuaikan dengan jumlah gaji yang diterima. Bila bersara,
sudah tentu kos saraan bulanan kita juga akan sama dengan jumlah saraan semasa
bekerja. Katalah gaji sebelum bersara RM10k dan selepas bersara ianya RM5k, mampukah
kita 'survive'? Dulu biasa makan ayam percik, sekarang serunding ayam je.. Masa ni
lah duit KWSP/EPF dikerjakan!!



[SOLUSI?]

Asasnya sekarang ialah simpanan kita. Disiplin dalam simpanan. Jika gaji RM2k, perbelanjaan
bulanan RM1.5k, bila gaji naik RM4k, cuba kekalkan perbelanjaan pada jumlah RM1.5k atau lebih
sedikit, makanya ada banyak lebihan untuk simpanan. Jangan ubah gaya hidup sebab pendapatan
bertambah (Kesan no.2), cukup sekadar meraikannya sekali bersama keluarga.



Seharusnya gaya hidup sebelum kaya dan selepas kaya tak jauh bezanya, jika itu berlaku
maka anda hampir kepada matlamat 'ketenangan dalam kewangan'

Rahsia 5 jari..

1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil
    laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.


2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam.
    Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.


3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil &
    kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar &
    terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do
    semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri
    impact/kesan yg besar pd masa depan.


4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia
    remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di
    duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan
    kebenaran.


5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita.
    At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena
    careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang
    menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2
    hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu
    dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.


6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT
    ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya
   telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni.
   Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi
   pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.


7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others
    but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari
    semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak
    gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young
    generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita
    patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil
    thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.

Hidung Pasangan Anda ( Jom pi check)

Hidung panjang :


Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja 'mencari pasal' dengan mereka yang berhidung panjang.

Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.

Hidung kecil :


Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.


Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja.

Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha... bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi...



Hidung paruh burung :


"Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!" Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha... jangan tak tahu... mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.

Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.



Hidung tajam :


Ha... jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.

Erm, apalagi pastikan bentuk hidung pasangan anda agar mudah untuk anda mengenalpasti peribadi atau personalitinya. Selepas ini, tiada lagi alasan untuk anda tidak mengetahui peribadi pasangan anda. Bagi mereka yang berhidung kembang, kecil runcing, pesek dan lurus, pastikan anda membaca artikel ini dalam bahagian kedua. Selamat menilik!




Hidung lurus:

Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha... mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.


 
 
Hidung kembang:
Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.
 
 
 
 

Hidung runcing:
Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha... jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang 'bodoh' kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.


 
 
Hidung pesek:
Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.


 

Lagu-lagu MP3