Khamis, 25 November 2010

CARA MUDAH DAN MURAH UNTUK CEGAH NYAMUK

Kalau kita menggunakan penyembur nyamuk atau ubat nyamuk boleh memberi kesan sampingan.........jadi ada satu kaedah yang sesuai dan murah untuk di cuba.



Barang yang diperlukan

1. 200ml air
2. 50 gram gula merah
3. 1 gram ragi
4. Botol plastik 1.5 liter

LANGKAH 1




Potong botol plastik ditengah-tengah.
Simpan bahagian atas botol.







LANGKAH 2



 Campurkan gula merah dan air panas.Biarkan hingga sejuk dan kemudian tuangkan separuh bahagian botongan bawah botol.







LANGKAH 3



 Tambahkan ragi.Tidak perlu dibancuh.Ianya akan menghasilkan karbon dioksida








LANGKAH 4


 Masukkan bahagian atas botol dengan kedudukan terbalik seperti corong








LANGKAH 5

Bungkuskan botol dengan kain atau kertas hitam kecuali  bahagian atas dan letak di beberapa sudut rumah anda.








HASILNYA


                                                                  
                                                                      
 Dalam 2 Minggu anda akan melihat banyak nyamuk yang mati di dalam bekas itu.

Selain membersihkan habitat nyamuk, ianya boleh menjejaskan pembiakan nyamuk.



CUBA JANGAN TAK CUBA


Tiada ulasan:

Lagu-lagu MP3