Selasa, 31 Ogos 2010

Pelaburan Menguntungkan

Mahu lakukan satu investment yang pasti tak akan rugi? Dijamin oleh


Sebaik-baik penjamin (Allah dan Rasul), dan disaksikan oleh

sebaik-baik Saksi (Malaikat)?



Setiap sen yang dibelanjakan akan dilipat gandakan sebanyak 700 kali

ganda. Dan pasti kita akan menerima kembali investment tersebut di

Negeri yang Kekal Abadi.



Allah SWT berfirman,



"Wahai orang-orang yang beriman, mahukah engkau aku tunjukkan satu

perniagaan yang tak akan pernah rugi? Engkau beriman pada Allah,

Rasulnya, dan kemudian engkau berjihad di jalannya dengan HARTA dan

jiwamu"



Dalam ayat di atas disebut berjihad dengan harta terlebih dahulu sebelum

jiwa.



Sekiranya Shila membelanjakan RM1000 untuk disedekahkan, maka

bayangkan suatu ganjaran di akhirat yang bernilai RM700,000. Dan ianya

PASTI akan diterima kembali.



Satu sifat Rasulullah SAW, baginda merupakan seorang yang paling pemurah. Baginda

menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan. Rasulullah SAW telah

bersabda;



Maksudnya:



"Sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadhan."



(Hadith Tirmidzi dari Anas)



Bersedekah pada bulan Ramadhan itu mempunyai kelebihan dan

keistimewaannya. Maka bersegeralah menunaikannya menurut kadar yang

terupaya.



Rasulullah SAW juga bersabda:



Maksudnya:



"Barangsiapa yang menjamu orang yang berbuka, maka pahalanya sama

seperti pahala orang yang berpuasa."



(Hadith riwayat Ahmad dan An-Nasai'e dan disahihkan oleh Albani)



Peluang bersedekah pada bulan damadhan ini cuma datang sekali setahun.

Jadi ambil lah peluang ini untuk melakukan investment untuk masa depan

kita.



Sekiranya anda tidak tahu nak bersedekah ke mana, maka sedekahlah

kepada tabung AQSA SYARIF, iaitu tabung untuk rakyat Palestine yang

memerlukan.



Aqsa Syarif adalah di antara konvoi yang berangkat ke Gaza untuk memberikan

sumbangan pada beberapa bulan lepas.



Boleh bank in kan sedekah tersebut ke Maybank, 551575004299, Aqsa

Syarif Bhd. (pastikan nama Aqsa Syarif Bhd keluar ketika mahu

confirmkan bayaran)



Lawati laman Aqsa Syarif di : http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=AGsgZ&m=K27iaXjJ2OU2zd&b=z9IpVw4n1XDI8wrWfO1C.w



p/s : Sekurang-kurangnya, berilah sebahagian daripada duit yang kita

sisihkan untuk belanja raya untuk kita berjaya merebut peluang EMAS

ini. Berilah walaupun cuma RM10, kerana mungkin RM10 itu mampu

menyelamatkan satu nyawa. Adakah anda tidak sanggup berbelanja cuma

RM10 untuk menyelamatkan SATU nyawa?

pp/s : Atau tukarkan pemberian duit raya kepada sanak-saudara menjadi

duit ramadhan, kerana bersedekah pada mereka di bulan ini, pahalanya

700 kali ganda.

Tiada ulasan:

Lagu-lagu MP3